Menghabiskan #tembok aku di Twitter. Bacalah. Ianya tak seberapa. Sekali lagi di ingatkan. Aku pelajar, bukan penulis.
___
Tembok
Tembok itu ku bina gagah,
Berdiri tinggi megah,
Kupasti ianya kukuh,
Tak kan runtuh ribuan rempuh.
Ku bangga ia tak jatuh di gempur,
Terkadang lupa untuk bersyukur,
Lalu yang gagah menjadi goyah,
Apabila dibuka tuanya mengarah.
Agenda berlaku tanpa di undang,
Lalu dirobek tembok itu dari belakang,
Sedikit-sedikit ia kecundang,
Sehingga runtuh tanpa diserang.
Lumpuh ku melihat ianya runtuh,
Terasa bagai dalamnya terjatuh,
Ingin kubangun kuderat tiada,
Membina semula jauh tak terdaya.
Bila dibawah barulah ku sedar,
Susah jika salah tempat bersandar,
Ketika diharap mereka kan lari,
Kepada Tuhan jualah kita kembali.
Sedikit demi sedikit kubina semula,
Tembok berdiri tak sama yang lama,
Punca kuatnya sudah dicuri,
Belum di sentuh runtuh sendiri.
Tapi pasti akan kubina semula,
Kerana ia pelindung kota,
Tetapi kini tidak berpintu
Pasti di tahu kenapa begitu.
Tembok itu ku bina gagah,
Berdiri tinggi megah,
Tetapi tak ku pasti ianya kukuh,
Yang pasti akan ku tahan ribuan rempuh.
Nukilan : Kedink
Akan ku tahan ribuan rempuh.
Picture source : Anime - Attack on titan
___
Seperti biasa, maksudnya tafsiran sendiri. Aku cuma menulis.
___
Peringatan untuk diri.
Jagalah tutur kata dan perbuatan ketika marah. Sabar bukan mudah. Tapi penuh kemanisan insyaAllah.
Ujian itu tarbiyah. Sabar itu indah. :)




