Tapi..
Jujurnya aku terasa sangat malas. Kosong motivasi. Tak tentu arah. Tak tahu ke mana aku berjalan. Cuti 3 bulan yang aku fikir untuk dijadikan masa aku betulkan niat, cari motivasi ternyata berlaku sebaliknya. Terlalu banyak perkara yang menyakitkan. Mengecewakan.
Tetapi itulah hidup. Harus diteruskan. Tapi jujur, buat pertama kali aku terasa sangat di bawah. Ibarat tertimbus. Tiada daya untuk kembali bangun. Lalu diri seperti mengambil keputusan untuk terus terbaring di tanah kerana tiap kali cuba bangun jatuh datang kembali.
Sakit. Sumpah aku cakap sakit. Nak di bilang berapa kali aku break down. Berapa kali ter alir air mata. Sungguh aku tak mampu kira.
Lalu aku selak buku-buku motivasi, baca tulisan-tulisan rakan yang mendapat motivasi di laman-laman blog. Mencari setitik ubat buat hati. Mana tahu jumpa. Tapi sampai sekarang hampa. Buntu. Aku dah tak tahu. Hidup kosong. Ikut arus tanpa harapan, impian, cita-cita. Kosong.
Itulah kisahnya aku sekarang. Tapi insyaAllah akan ku cuba bangun. Pasti. Akan aku cuba.
Lest we forget..
Everything comes to teach us something.


No comments:
Post a Comment