Sunday, January 1, 2017

#17 Azam Tahun Baru?

1 Januari 2017.

Maka bermula lah tahun baru dalam tahun masihi. Jadi banyaklah perkara yang kita boleh tengok kat social media macam "Page 1/365", "Permulaan Baru", "Azam tahun 2017" dan sebagainya. Apa-apa pun yang ditulis menyatakan hari pertama atau bermulanya tahun baru. Jadi banyak lah orang buat list azam baru untuk tahun ini ataupun mengambil azam tahun 2016 kerana masih tidak tercapai. Jadi apa azam tahun baru aku?

Ramai(sorang dua ja sebenarnya) yang tanya apakah azam baru aku. Jujur sekali aku tak pasti samada aku pernah ada azam tahun baru atau tidak sepanjang hidup aku. Mungkin aku rasa dengan meletakkan azam seperti meletakkan pressure kepada diri sendiri. Atau mungkin sebab aku banyak berazam di maal hijrah.

Tapi.. bila difikirkan balik, mungkin lebih baik ada azam dari tak dak sebab itu adalah satu drive untuk kita lebih berusaha, lebih serius dalam mengejar sesuatu. Mungkin. Ianya hanya satu pendapat dari diri yang naif.

Jadi mari kita cuba letakkan azam tahun baru tahun ni.

Azam 2017
- Lebih positif dalam kehidupan
- Lebih matang
- Menjadi manusia/hamba Allah yang lebih baik keseluruhannya
- Lebih berjimat dalam berbelanja (Makan tak termasuk :p) 
- Lebih bermotivasi dalam melakukan pekerjaan/belajar
- Lebih ikhlas dalam menuntut ilmu

Jadi ada sorang sahabat ni suggest "cari awek aka bakal zaujah". Maka ketawalah kita masing-masing. Jauh lagi perjalanan. Belajar belum habis, duit pun belum ada dan yang paling penting, diri pun belum cukup baik. *Alasan biasa tapi benar. Jadi sebab itulah azam kita menjadi lebih baik. InsyaAllah. 

Orang kata kalau nak azam tu terlaksana kena bagi tahu orang lain baru depa boleh peringat tapi siapa ja lah yang baca blog aku pun. Mungkin boleh post kat Facebook. 

Jadi, selamat tahun baru kepada semua orang. Moga tahun 2017 ini lebih baik keseluruhannya. 

Mari menapak ke tempat yang lebih tinggi. 

No comments:

Post a Comment