Nothing.
For I stand at Your door holding broken scrap
and yet you open.
Save me from this storm.
I am the most helpless of all your slaves.
And I’m lost.
Wandering in the middle of a forest trying to find my way.
But all the trees look the same,
and each path just leads back to the beginning.
No one finds their way out of this forest,
except whom You save.
Save me. For truly, truly I cannot save myself.
___
Ku susuri frasa demi frasa tulisan Yasmin Mogahed diatas. Terasa bagai di tusuk Excalibur tepat ke hati. Terasa. Benar dalam kehidupan kita di uji, Kita buat silap. Kita abaikan syariat, Kita jatuh. Kita kecewa. Kita berdosa. Semua pun pasti kita lalui.
Lalu kemana kita pergi? Pada ketika itu ingatlah, kepada Allah jua kita kembali. Jadi kepadaNYA lah kita berlari.
Dan didapatinya engkau mencari-cari(jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al Quran) - [Ad-Dhuha 93:7]
___
Benar kata orang. Bila tiba umur 20 dan keatas kita mula fikir masa depan. Tanggungjawab. Kerja. Keluarga. Wang. Jodoh. Di situ selalu mulanya perubahan seseorang insan.
Tapi nak berubah bukan mudah. Aku sedikit kecewa dengan masa lalu. Aku terlalu abaikan ilmu yang ada. Buat perkara yang tidak elok sejak dari kecil. Bila nak berubah, susahnya kerana sudah terbiasa. Jadi tabiat.
Tapi itu bukan alasan. Frasa-frasa seperti "Aku aku, kau kau", "Aku sudah biasa", "Inilah aku", "Aku manusia, tak lepas dari salah" terkadang disalah guna untuk membuat dosa. Sejarah. Apa yang penting kita cuba dan cuba untuk perbaiki diri.
Lalu muncul lah kata-kata
"Kau tak kan faham, aku punya dugaan lain. Lebih susah. Tunggu la sampai masa kau ditempat aku. Baru kau tahu"
Aku tak nafi. Setiap orang di duga lain-lain. Ada yang lebih susah. Ada yang senang. Tetapi semua orang melalui kesusahan. Allah itu maha adil.
Terkadang kesusahan itu membuatkan kita tersungkur ke tanah. Get back up! Don't give up! Selagi belum kiamat selagi itu peluang bertaubat masih ada. Tak kisahlah kita ulang dosa yang sama 1000 kali pun. Allah maha pengampun. Kembalilah kepada Pencipta.
Mari pulang. Sama-sama. Percaya lah. Harapan masih ada. Masih ada.
___
Bantulah aku. Bukan jatuhkan ku. Aku terkadang perlukan tangan untuk bangun. Kerana dugaan itu terkadang terlalu susah. Terasa tiada kuderat untuk bangun sendiri. Bantulah aku. Bantulah aku.
Till then, pray for me, pray for the ummah.


No comments:
Post a Comment