Sunday, January 11, 2015

#1 Eh!!

Eh, kenapa baru post yang pertama? Ke mana beratus-ratus posts sebelum ni? Pasti soalan ni akan ditanya.

Mungkin aku terasa untuk mula sesuatu dari kosong. Sebab? Aku rasa terlalu banyak perkara yang kurang baik di tulis dalam pos-pos sebelum ini. Jadi aku buat keputusan untuk tutup dan mula baru.

Kenapa delete semua? Rugi lah. Sebenarnya pos-pos itu masih ada. Blog itu ditukar url dan dikunci. Sebagai rujukan aku suatu hari nanti.

___

Dalam aku menulis pos ini, penuh berita-berita di media-media sosial tentang viral "Anak melayu dan Kpop" dan sewaktu dengan nya. Sampai tak sanggup lagi aku bukak mana-mana media sosial.

Terkesan, terasa...

Di dalam kecewa aku fikir, perkara sudah pun berlaku. Mungkin silap mereka tidak berfikir panjang. Bukankah kita juga begitu? Ada kalanya kita tersilap. Cuma bezanya Allah tutup aib kita. Pada mereka, ini mungkin satu pengajaran.

Walaupun membuka aib itu boleh atas sebab-sebab tertentu tetapi biarlah tepat pada syaratnya. Jangan kerana perasaan yang ingin menghentam sahaja.

Bersyukurlah aib mu ditutup. :)

Jadi kita sebagai orang yang seagama, tidak patut kita terus sebarkan perkara ini. Ada yang sambil memaki, mencaci, menghina. Yang lebih hebat lagi menghukum.

Jangan terus dikata mereka ahli neraka. Kita bukan tuhan. Mungkin mereka akan bertaubat dan menjadi orang yang lebih baik dari kita.

Bodoh? Kasarnya perkataan. Tetapi jangan kita lupa, kebodohan hari ini boleh menjadi kecerdikan selamanya.

Aku bukan hendak berkata kepada sesiapa yang menegur. Aku hormat kepada mereka yang memberi teguran beserta dalil-dalil dan hujah-hujah yang hebat. Tajam. Sentap. Itu cara mereka. Aku sangat bersetuju kiranya dikata golongan seperti mereka harus wujud. Ya. Perlu ada.

Tetapi, jangan semua kita begitu. Ada lagi cara lain yang boleh kita guna. Pelbagaikan cara. Kita tak tahu, mungkin cara kita lebih berkesan kepada mereka. Satu pendapat sendiri.

Pasti ada sebab atas setiap sesuatu yang berlaku. :)

___

Kepada pemuda, kita mahal. Mahalkan diri kita.

No comments:

Post a Comment