___
Ruang Kosong
Di luasnya kawasan,
Wujud satu ruang,
Ruangnya kecil,
Tetapi nilainya besar.
Dulu disitu tempatnya bunga,
Di hias bak istana,
Singgahsana penuh kilauan,
Impian dan harapan.
Kini ditinggalkan tempat itu berkunci,
Bunga yang hidup, layu, mati,
Istana kosong berdebu,
Hanya tinggal harapan membatu.
Ku lihat ruang kosong itu,
Suram, kelam, sedih, sayu,
Pergi aku tidak pasti,
Kerana aku bukan pemilik kunci.
Lalu ditunggu sang pemilik kunci,
Atau digempur masuk insan suci
Atau dibiarkan kosong hingga mati,
Itu semua tidak ku pasti.
Terus ku lihat ruang kosong itu.
Menunggu takdir dijalan waktu.
Nukilan : Kedink
Lalu siapa yang akan membuka ruang itu?
Picture source: Anime - Phi Brain.
___
Maksudnya biarlah para pembaca mentafsir sendiri. Sebab setiap individu itu punya lain pendapat. Punya cara tafsiran yang berbeza. Dan aku cuma menulis.



No comments:
Post a Comment