Balik ja dari tempat praktikal tadi terlintas post blog seorang sahabat ni tentang satu topik ataupun satu persoalan yang terasa sangat dekat sekali dengan diri.
Have you ever questioned HIS decisions?
To be honest, I had been living my past teenage life (assuming I'm still a teenager :p) full of questions to Him, Allah. Not that I did't satisfied of what I got but rather of what I expected that I would get.
Jadi sepanjang hidup aku, terasa sangat tak puas hati akan apa yang jadi kat aku. Terkadang terasa terlalu banyak dugaan datang pada satu masa. Dari pada masalah family, kawan-kawan, belajar, cinta sampailah ke masalah material/duit. Rasa sesak kadang-kadang tu.
Pernah satu ketika, aku hampir redha, aku hampir berpuas hati dengan semua benda yang aku ada tapi.... Sini lah salah aku, aku mintak satu ja ketika tu tapi serta merta Allah kata NO dan aku kembali mempersoalkan Tuhan. Susah sangat kah nak bagi aku satu benda ja pun? Aku yakin aku kan berubah lepas tu. Aku yakin aku mampu terima semua yang berlaku. Aku yakin...
Sayangnya, satu ja aku terlupa untuk yakin waktu tu. "Keputusan Allah lebih baik".
Settle tak lagi bab ni?
Alhamdulillah dalam perjalanan menyelesaikan isu hati ni walaupun terkadang masih tersungkur.
Macam mana boleh sedar?
Syukur diberi hidayah pada satu cuti. Aku balik Malaysia dengan keadaan yang penuh tak puas hati, terasa kalau kena tegur sikit terus meletup. Tapi Alhamdulillah diberi kesabaran dan kekuatan untuk bertahan dan juga ketenangan untuk befikir semula.
Satu perkara yang aku rasa aku perlu buang pada ketika ni adalah expectation aku terhadap dunia. Sebab kita kadang-kadang terasa yang dunia ini perlu sempurna tapi andai kata dunia ini sempurna, apa lah kita nak panggil dunia kita selepas kematian nanti?
Kita terkadang terlalu memandang perkara yang kita rasa buruk sampai terlupa tengok benda yang kita ada/dapat. Cuba lah kita lihat sekeliling kita, nikmat Allah itu sangat lah banyak. Kalau nak di listkan, sampai ke hujung hayat pun belum habis. Bersyukurlah.
Percayalah kita bahawa keputusan Allah itu adalah yang terbaik samada kita rasa benda tu baik ataupun buruk untuk kita, benda tu masih terbaik untuk kita.
"... But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But Allah knows, and you know not." Quran, 2:216


(Y)
ReplyDelete