Friday, November 4, 2016

#15 Pandangan : Mental Illness

Terdetik hari ini untuk menulis pandangan tentang isu penyakit mental atau lebih dikenali dengan panggilan inggerisnya, mental illness. Tertarik untuk memberi pandangan selepas melihat bertapa manusia atau lebih spesifik rakyat Malaysia *sebab orang Malaysia betul-betul mengambil ringan atau memandang remeh isu ni.

Jadi apakah itu mental illness? Gilakah? Sawan?

Ramai yang salah faham bila kita sebut mental illness sebab tidak di beri pencerahan akan apakah itu sebenarnya mental illness. Sebenarnya mental illness boleh pecahkan kepada banyak cabang kecilnya dan kebanyakan yang orang terlepas pandang adalah depression dan anxiety.

Depression adalah penyakit bila kita sebut di hadapan ramai orang, mereka tak kan ambil kisah ataupun mengklasifikasikan perkara ini sebagai benda kecil. Nasihat seperti "Be positive", "Kita hidup bertuhan" dan sebagainya yang sewaktu dengannya sebenarnya bukanlah tak memberikan kesan tetapi jika tidak diletakkan empati kedalamnya susah untuk membantu. *boleh google empati kalau tak tahu maksud.

Depression ni lebih teruk dari apa yang ramai orang sangkakan dan buktinya berapa ramai orang yang bunuh diri kerananya. Ini membuktikan perkara ini bukan boleh dipandang ringan kerana ia sudah meragut terlalu banyak nyawa dan bunuh diri ini berlaku setiap hari. Jadi cukuplah memandang ringan perkara ini.

Apa yang orang depression rasa?

Mungkin susah nak terang bab ni kalau kita tak melaluinya sendiri. Jadi kalau sesiapa terbaca blog ini nak berkongsi boleh lah komen. Kalau ada yang baca lah. Dari research yang dibuat, depression ni membuatkan seseorang itu hilang semangat untuk hidup, tiada motivasi, susah bergaul, penuh dengan negativity dan banyak lagi sehingga akal mereka akan rasa bunuh diri itu satu penyelesaian dan penamat bagi sengsara yang mereka lalui. Bahaya bukan?

Mungkin apa yang mereka rasa... 


Apa kita boleh buat?

Untuk membantu mungkin perkara pertama adalah memahami orang ini dan cuba bantu seboleh mungkin. Kalau nampak dah severe/kritikal sangat, bolehlah ajak mereka jumpa pakar sebab boleh jadi orang macam ni, mereka sendiri tak perasan yang mereka ada penyakit ni. Jangan sekali memperlekeh apa yang mereka lalui atau jatuhkan mereka. Mungkin anda akan menjadi punca mereka bunuh diri.




Thursday, November 3, 2016

#14 Life Update

Terasa lama betul tak menulis. Setahun lebih blog terbiar kosong tanpa isi. Rasanya tak da pun orang yang baca.

Apa pun, update hari ini berkenaan kehidupan, so kita mula dengan soalan dan diteruskan dengan jawapan.

How's life?
Alhamdulillah masih hidup. Walaupun banyak benda terjadi. Ketidak puasan hati. Patah hati. Sesat dari jalan Allah. Hampir putus asa hidup. Hampir terjun jambatan kat Sydney ni. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, diberi kekuatan untuk terus berjalan, terus meletakkan harapan terbesar kepada Allah dan moga-moga terus hingga penghujung nyawa.

Belajar?
Dah nak habis tahun ketiga kat Sydney ni. Struggle la jugak dalam orang dok kata aku pandai (Pandai kat mana tak tau). InsyaAllah akan diteruskan perjuangan hingga dapat Ijazah. Doakan exam lagi seminggu. Moga lulus semuanya. Ujung tahun ni balik untuk intern 3 bulan tapi tempat intern tak dapat lagi. Doakan moga dipermudahkan.

Relationship dengan orang?
Cinta? Baru ja bagi tahu tadi, patah hati *haha. Masih belum nampak sinar jodoh. Doakanlah yang terbaik. Sahabat-sahabat? Alhamdulillah masih dikurniakan insan-insan baik di keliling walaupun hati terkadang rindu sahabat-sahabat jauh yang dulu jadi tempat mengadu. Jujurnya, terkadang penat melayan kerenah manusia. Terkadang penat diri berjaga siang malam tapi terasa tak dihargai tapi ya, aku perlu belajar yang expectation terhadap manusia tak perlu ada. Cukuplah pada Allah. :)

Itu saja kot buat masa sekarang. Nanti kalau ada lagi, InsyaAllah akan di update.

Best trip so far. Moga ada lagi..