Dan pada ketika itu aku.....
Terasa bersawang, dibaca semula post-post lama yang sungguh lama jaraknya ke post yang ditulis pada ketika ini. Mungkin aku terlalu termasuk kedalam dunia yang penuh dengan kesibukan atau mungkin itu sekadar alasan yang sebenarnya aku tiada motivasi untuk menulis apa-apa.
Satu semester berlalu sekelip mata. Pejam celik aku dah pun berdiri di penghujung tahun kedua, separuh jalan menuju graduasi yang menjadi idaman setiap pelajar dan impian setiap ibu-bapa. Kata orang "expectation kills" , tapi atas dasar "expectation" itu lah aku terus cuba berusaha. Impian ibu-bapa, jangkaan rakan-rakan terasa bagai harus aku capaikan. Atas dasar itu aku terus bergerak kearah pengakhiran jalan, graduasi. Moga dipermudahkan.
Nak diceritakan, aku hampir saja melepaskan kebergantungan aku atas sebab kecewa, tertekan dan sewaktu dengannya. Mungkin setapak bahkan mungkin sejengkal atau seinci aku mungkin menjadi seburuk-buruk manusia ciptaanNya. Syukur aku di lintaskan dengan insan bagi aku cukup mulia, cukup baik dalam beberapa ketika ini.
Dari hanya 'collagemate' kini mungkin rakan, paling kurang bagi aku. Dalam ketika aku hampir lupa hala, diajukan soalan yang aku lupa aku perlu jawab pada setiap saat, "Kalaulah kita mati sekarang, agak-agak kita mati dalam khusnul khotimah tak?" Sungguh aku cakap aku lupa akan soalan sepenting ini. Syukur aku di ingatkan semula.
Dalam beberapa sesi sembang aku di ingatkan akan banyak perkara aku tak sepatutnya lupa oleh insan ini dan dengan penampilan dan peribadi yang cukup baik membuatkan ingatan itu lebih termasuk akan hati. Atau mungkin hanya kerana hatiku yang sedang mencari akan perkara sebegitu selepas aku elak akannya dalam beberapa bulan ini. Aku tidak pasti. Yang pasti, ingatan-ingatan yang diberi yang mungkin tidak sengaja di ungkapkan itu sungguh bermakna. Terima kasih.
Dan pada ketika itu aku....
Buang....
Bukan kerana takut, bukan kerana tidak pasti. Aku tahu aku, aku kenal aku. Dan aku pasti.
Tapi aku taknak perkara itu menjadi punca aku kembali bergantung kepada manusia. Punca aku hilang tarbawi diri. Masa silam terlalu banyak mengingatkan aku. Aku perlu belajar berjalan atas kaki sendiri. Dan mungkin itu lebih baik. Mungkin.
24:30
Cukup soal itu, cuti dah pun mula. Perlu plan aktiviti supaya cuti ini tidak sia-sia. Masa bersama keluarga dan beberapa 'check list' sudah pun tertulis di akal, Moga semuanya berjalan dengan baik.


