Tuesday, June 30, 2015

#11 Post Exam : Tawakkal

Dengan ini maka tamatlah perjuangan aku semester 1 tahun kedua kat sini. Exam? Bagi aku ini yang paling teruk pernah aku lalui sepanjang hidup. Kemungkinan fail itu ada. Tapi harapnya tidak. Apa pun usaha telah pun diberi. Nak patah balik tak boleh, menyesal tak guna. Serahlah keputusan itu kepada Allah. Tawakkal.

Maka bermulalah cuti winter. Plan masih tiada. Mungkin aku perlu buat sesuatu. Tapi masih tiada apa-apa yang terlintas untuk dibuat.

Ramai yang tanya kenapa banyak gambar dibuang di lama sosial dan kenapa deactivate twitter. Entah kenapa. Hati aku rasa tidak senang dengan semua itu. Dan juga ilham dari seorang rakan lama. Kalau dia mampu kenapa tidak aku.

Terkadang terasa diri sangatlah lemah dan jauh ke belakang. Dulu ada rakan yang mengejar diri ini tetapi sekarang sebaliknya. Aku pula mengejar dia. Terasa tiada perubahan dalam diri. Masih di takuk lama. Aku cuba. Aku cuba. Moga terus diberi kekuatan untuk terus mencuba.

Terkadang susahnya berubah kerana manusia sering memandang pada sejarah. 

Wednesday, June 17, 2015

#10 Exam & Ramadhan

Khamis ni maka bermulalah perjuangan aku di medan peperiksaan akhir semester. Dah sedia? Aku sendiri pun tak tahu. Jujur aku luahkan, aku tak banyak ulang kaji. Sebab? Terkadang rasa sangat malas. Tiada motivasi. Alasan biasa. Sampai bila? Entah lah. Juga jawapan biasa.

Ramadhan..
Alhamdulillah, bulan yang ramai mukmin nantikan hampir tiba. Soalan bersedia ataupun tidak itu bagi aku susah untuk dijawab. Ketika diri masih merangkak mencari tuhan, diri sarat dengan dosa. Sumpah aku tidak bersedia. Walau apa pun aku akan cuba melalui tarbawiyah Ramadhan ini sebaiknya. Berusaha menjadi lebih baik dari sebelumnya.


Allah tuhanku, aku ingin luahkan
Segala apa yang aku rasa
Setiap kali aku JAUHIMU…

Rasa sedih menghantui diriku,
Hidupku bagai tiada arah tuju
Hatiku rasa pedih ku tak berdaya..

Ku Ingin hidup bahagia
Ku ingin bebas dari dosa
Kerna hatiku terseksa
Jauh dariMu Allah…

Namun apa yang ku takuti
Dosa lalu menghantui
Ku tak mahu jatuh kembali
Aku tak tahan lagi,

Ampuni aku ya Allah..

Allah tuhanku aku ingin luahkan,
Segala yang terbuku di hati,
Setiap kali aku mendekati mu

Rasa tenang menyelubingi diri
Bahagia ku tak mampu tuk ungkapi
Ku ingin selamanya mendekatiMu..

Ku Ingin hidup bahagia
Ku ingin bebas dari dosa
Kerna hatiku terseksa
Jauh dariMu Allah…

Namun apa yang ku takuti
Dosa lalu menghantui
Ku tak mahu jatuh kembali
Aku tak tahan lagi,

Ampuni aku ya Allah..

Allah tuhanku aku sering menipu
Ku kata ku cintai diriMu
Tetapi aku masih lagi lukaiMu..

Ku Ingin hidup bahagia
Ku ingin bebas dari dosa
Kerna hatiku terseksa
Jauh dariMu Allah…

Namun apa yang ku takuti
Dosa lalu menghantui
Ku tak mahu jatuh kembali
Aku tak tahan lagi,

Ku cintaiMu Allah
Ku rinduiMu Allah
Ku mahu kembali padaMu!

Ustaz Adnin Roslan

Aku ingin terbang tinggi tapi aku takut sakitnya jatuh kebumi. 

Thursday, June 4, 2015

#9 Terdinding

Lama benar dibiarkan blog ni kosong tanpa tulisan yang baru. Sibuk barang kali. Bila dah mula belajar, kelas, assignment menuntut aku lebih tertumpu kepada perkara ilmiah. Tapi sering kali aku malas juga. Tidur banyak, Main game. Kurang motivasi, penat, itulah alasannya.

Terlalu banyak cerita untuk diceritakan. Mungkin lain kali saja aku cerita semua. Kali ini nak aku cerita hal manusia yang mungkin kita tidak sedar kita lalui dan lakui nya.

Terbiasa. Itu mungkin perkataannya. Terbiasa dengan? Mungkin semua benda. Akibat? Tidak mudah menerima perubahan. Nak bincangkan semua terlalu panjang jadi mari kita ambil yang mungkin kita tidak sedar.

Halnya manusia ada kuat lemahnya. Ada manusia biasa tunjuk lemahnya pada umum ada jugak tidak, dan tidak juga pada insan rapat baginya. Kenapa? Mungkin takut susah diterima. Lalu bila diambil keputusan untuk menjadi lemah, minta pertolongan, ramai yang lari,, kata dirinya berubah. Bertanya kemana kekuatannya dahulu.

Ketahuilah kamu wahai manusia bahawa setiap orang ada kuat lemahnya. Ada baik buruknya. Kenapa hanya menerima kuatnya dan bukan buruknya? Aku sendiri hairan. Bila terkena pada diri baru aku sedar. Itulah sifat manusia. Tertarik hanya pada kekuatan. Tapi jangan marah, aku berkata secara umum, bukan semua orang.

Terkadang terasa diri ibarat terdinding, kekanan, kekiri, kehadapan, kebelakang, ditolak kembali ketempat yang lama. Dipaksa menjadi insan yang mereka senang bergaul. Kenapa? Kerana aku yang lemah tampak bodoh? Aku yang lebih baik tampak skima? Aku yang bergantung tampak aneh? Aku tiada jawapan. Jawapan ada pada kalian.

Sungguh aku perlu kekuatan sekarang, hampir satu semester aku bergerak tanpa hala tuju, tanpa motivasi, tanpa dorongan. Rasa beratnya untuk teruskan hari-hari. Tapi aku terus. Kerana aku perlu terus hidup. Kalau tidak dapat berbakti jangan sampai menyusahkan. Itulah yang ada sekarang.

Cukuplah buat kali ni. Exam dah semakin hampir. Doakan kejayaan aku dan rakan-rakan. Moga Allah permudahkan semuanya.

Lights ? I need them now.