Sempat bersembang panjang dengan pensyarah bahasa inggeris ku. Lalu di luahkan rasa kesalnya akan pelajar sekarang. Terlalu bersosial, bercampur. Ikhtilat tak berjaga.
Sebenarnya isu itu bukanlah tak normal. Normal bagi kalangan anak muda sekarang. Sehingga menjadi normalisasi yang tidak baik. Mungkin mereka selesa tetapi ia tidak elak dari dosa.
"Eh! kenapa sekarang baru kau sebut pasal ikhtilat ni? Dulu rileks ja." Dushhh, tertembak dikepala.
Mungkin dulu aku tahu tapi aku abaikan. Tapi , "Ignorance is a temporary bliss" kata seseorang. Memang dulu kita seronok boleh bergaul. Bercampur. Tapi percayalah, jauh kehadapan nanti banyak buruknya. Aku tahu, aku lalu, aku belajar, the harsh way.
Mungkin terlalu panjang untuk di hurai isu ini. Sini link ke satu artikel berkenaan ikhtilat http://www.tarbiahsentap.com/2014/10/soal-jawab-ikhtilat-tunang.html
Sungguh aku pun perlu perbaiki, aku tak tersedia baik seperti abang-abang ku, ahli keluarga ku, atau mana-mana orang di luar sana. Aku sedang mencuba. Moga di kuatkan.
___
Selamat Hari Lahir kepada abang-abang dan ayah ku. Seronok hari lahir dekat-dekat, boleh sambut satu keluarga. Alhamdulillah, penuh rumah. Pasti akan ku rindu saat ini nanti.
Moga kalian terus istiqamah dalam beribadah dan dakwah. Moga di permudahkan segala urusan dan di kuatkan iman. Moga Abah terus berdedikasi dalam membentuk anak-anak dan keluarga. Kepada abang-abangku yang bakal bergelar bapa tak lama lagi, tahniah. Moga menjadi pemimpin keluarga yang baik, sentiasa dalam rahmat Allah.
Thank you Allah for the beautiful I have.
Semakin bertambah usia, semakin beriman. InsyaAllah. :)
___
Ujian Allah pasti tiba. Laluilah dengan tabah. Bergantunglah kepadaNYA, InsyaAllah ada jalan penyelesaian nya.
Terkadang ujian datang tidak di duga kerana kita tidak melihat kepadanya.

